Sunday, January 25, 2009

Mengisi Kemengan Tanggungjawab Utama





Pasca PRK UM 08 telah berlalu. Saya melihat kemenagan yang tidak di sangka-sangka menjadi milik PRO Mahasiswa . 5 tahun bertungkus lumus memastikan kemenangan ini di sambut akhirnya dengan laungan takbir memuji kebesaran Ilahi. Akhirnya impian saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan menjadi realiti.
Kemenangan ini bukan satu kebanggaan yang boleh di ungkap dengan gahnya dengan semua orang Kemenangan ini adalah satu ujian berat dari Allah kepada YB yang telah memenangi dan mereka yang terlibat di dalam usaha bagi mengisi kemenangan ini . Tanggungjawab sebagai pemimpin perlu di perhalusi dan di fahami dengan sewajarnya. Setiap tanggungjawab akan di persoalkan oleh Allah kelak. Jika baik yang di laksanakan maka selamatlah di dunia, begitulah sebaliknya. Menang atau kalah sudah menjadi adat perlawanan . Seharusnya kita mengambil iktibar baik yang manang mahupun yang kalah . Kekalahan perlu di kaji dan di lakukan pembaharuan strategi yang lebih berkesan untuk kemenangan yang akan datang. Bagi yang meraih kemengan pula , jangan ingat keselsaan ini tidak di perhatikan oleh pihak lawan. Sesunggghnya sesaat kita leka dengan kemengan ini , maka saat itu jugalah , musuh akan menyerang sedikit demi sedikit. Apapun kepada yang menang dan kalah, dekatkan hubungan kita dengan mahakuasa yang biasa melakukan apa-apa sahaja perubahan sekirannya DIA perlu. Tetapi yakinlah sesiapa yang berusaha untuk memastikan agama Allah terus terbela. Insyaallah , Dia pasti Bersama- sekadar pandangan.